Skip to main content

Posts

Tugasan GKK1043 Penulisan Refleksi

  NAMA: SITI FAIRUS BINTI MAT HANAFI PENGKHUSUSAN: PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA PROGRAM: PPISMP ANGKA GILIRAN: 2020092310053 Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pensyarah subjek GKK1043 iaitu Encik Azhar Bin Mansor.             Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, saya dapat mempelajari subjek GKK1043 iaitu Kesihatan Diri dan Kecergasan di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail semasa semester 1 program PPISMP. Subjek ini telah mengajar saya kepentingan menjaga kesihatan diri dan kecergasan. Di dalam subjek ini, saya perlu melakukan ujian SEGAK yang terdiri daripada ujian indeks jisim badan (BMI), naik turun bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur. Ujian SEGAK ini bermatlamat untuk mengukur tahap kecergasan pelajar supaya pelajar dapat meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016) Seterusnya, saya juga perlu menjalani ujian Bleep iaitu saya perlu berlari
Recent posts

Nota, Kepentingannya dan Sebelum Membuat Nota

PENGENALAN                Nota adalah satu elemen penting bagi individu yang bergelar pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar perlu sentiasa merujuk nota untuk mengimbas kembali input pelajaran.      Hasil kajian mendapati pelajar yang membaca hanya mendapat 25%  daripada hasil bacaan manakala  pelajar yang membuat nota mendapat 65% daripada hasil nota.Kajian tersebut telah membuktikan bahawa kaedah pembelajaran dengan hanya membaca buku teks semata-mata adalah tidak berkesan kerana murid perlu membaca teks yang panjang dan mengharapkan daya ingatan untuk mengingati isi-isi penting teks tersebut. Oleh hal yang demikian, langkah pertama ke arah kecemerlangan adalah dengan membuat nota dan menguasai kemahiran membuat nota. APAKAH ITU NOTA? Kepentingan Nota menjimatkan masa semasa mengulang kaji pelajaran membantu mengingati semula sesuatu topik mengelakkan pelajar daripada mengusung buku teks ke mana sahaja sebagai persediaan musim peperiksaan menekankan fakta dan isi-isi penting yang p

Kemahiran Membuat Nota

  Pada hakikinya tiada, tiada format yang dikhususkan untuk membuat nota. Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk  membuat nota tetapi terdapat beberapa kaedah yang dijadikan panduan oleh majoriti pelajar untuk mengambil dan membuat nota. Kaedah tersebut adalah anotasi, nota lajur, nota ringkasan dan nota rumusan. Video 1 Jenis-jenis Kemahiran Membuat Nota  Anotasi   ( Annotation ) menggariskan atau menyerlahkan ( highlight ) fakta dan isi penting boleh menggunakan pelekat selain  highlighter memudahkan pelajar mengenal pasti maklumat penting dengan cepat apabila membca teks itu semula. Rajah 1 Contoh Anotasi Nota ringkasan ( Outline notes ) menyenaraikan point utama dan subpoint menggunakan tajuk besar dan tajuk kecil selain point menggunakan frasa dan kata kunci ditulis mengikut turutan Rajah 2 Contoh Nota ringkasan Nota lajur ( Column notes ) terbahagi kepada lajur kiri & lajur kanan lajur kiri: idea utama/subtajuk lajur kanan: penerangan kepada tajuk/subtajuk memerlukan

Alat-alat Berfikir dalam Membuat Nota

  Bagi menjadikan kaedah pembelajaran lebih berkesan, pelajar hendaklah menggunakan alat-alat berfikir selain kemahiran sedia ada. Jika kemahiran seperti nota ringkasan dan nota rumusan dibuat dalam bentuk senarai dan perenggan, alat-alat berfikir dibuat dalam bentuk peta pemikiran yang lebih ringkas.              Penggunaan alat berfikir menjadikan nota itu kelihatan tersusun, jelas dan mudah difahami. Selain itu, alat berfikir dapat meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap sesuatu topik kerana idea dan  maklumat telah disusun dalam suatu corak yang sistematik dan menunjukkan perkaitan konsep. PENGURUSAN GRAFIK   cara penyusunan idea dan fakta secara terperinci dan teratur dalam bentuk visual.  menerangkan kaitan idea dan fakta tersebut melalui idea yang disusun dalam satu bentuk hierarki Tujuan membantu individu memahami proses pemikiran  menukarkan sesuatu yang tersirat kepada tersurat supaya proses berfikir dapat dilihat secara eksplisit.   Rajah 4 Contoh Pengurusan grafik PETA M

RUMUSAN

  Video 2 Rumusan