Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Jenis-jenis Alat Berfikir dalam Membuat Nota

Alat-alat Berfikir dalam Membuat Nota

  Bagi menjadikan kaedah pembelajaran lebih berkesan, pelajar hendaklah menggunakan alat-alat berfikir selain kemahiran sedia ada. Jika kemahiran seperti nota ringkasan dan nota rumusan dibuat dalam bentuk senarai dan perenggan, alat-alat berfikir dibuat dalam bentuk peta pemikiran yang lebih ringkas.              Penggunaan alat berfikir menjadikan nota itu kelihatan tersusun, jelas dan mudah difahami. Selain itu, alat berfikir dapat meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap sesuatu topik kerana idea dan  maklumat telah disusun dalam suatu corak yang sistematik dan menunjukkan perkaitan konsep. PENGURUSAN GRAFIK   cara penyusunan idea dan fakta secara terperinci dan teratur dalam bentuk visual.  menerangkan kaitan idea dan fakta tersebut melalui idea yang disusun dalam satu bentuk hierarki Tujuan membantu individu memahami proses pemikiran  menukarkan sesuatu yang tersirat kepada tersurat supaya proses berfikir dapat dilihat ...