Skip to main content

Alat-alat Berfikir dalam Membuat Nota

 Bagi menjadikan kaedah pembelajaran lebih berkesan, pelajar hendaklah menggunakan alat-alat berfikir selain kemahiran sedia ada. Jika kemahiran seperti nota ringkasan dan nota rumusan dibuat dalam bentuk senarai dan perenggan, alat-alat berfikir dibuat dalam bentuk peta pemikiran yang lebih ringkas. 

            Penggunaan alat berfikir menjadikan nota itu kelihatan tersusun, jelas dan mudah difahami. Selain itu, alat berfikir dapat meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap sesuatu topik kerana idea dan maklumat telah disusun dalam suatu corak yang sistematik dan menunjukkan perkaitan konsep.


PENGURUSAN GRAFIK

  •  cara penyusunan idea dan fakta secara terperinci dan teratur dalam bentuk visual.
  •  menerangkan kaitan idea dan fakta tersebut melalui idea yang disusun dalam satu bentuk hierarki


Tujuan

    • membantu individu memahami proses pemikiran 
    • menukarkan sesuatu yang tersirat kepada tersurat
    • supaya proses berfikir dapat dilihat secara eksplisit.

 

Rajah 4 Contoh Pengurusan grafik

PETA MINDA

  • diasaskan oleh Tony Buzan (1992) sebagai teknik catatan nota secara bukan linear
  •  cara seseorang memindahkan ideanya, maklumat atau proses pemikiran melalui persembahan grafik
  • digunakan sebagai perancangan kerangka penulisan dan mencatat nota syarahan atau taklimat

Tujuan

    • membantu individu mengurus pemikiran dalam bentuk bukan linear 


Rajah 5 Contoh Peta minda



PEMETAAN I-THINK
  • i-Think membawa maksud innovative THINKing
  •  mempunyai lapan bentuk yang berbeza fungsi bagi setiap proses pemikiran

Tujuan

    • membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar untuk menghasilkan modal insan berinovatif
    • merangsang pelajar berfikir secara mendalam untuk mensintesis maklumat serta menyokong penaakulan mereka



Rajah 6 Contoh Peta Bulatan
Proses pemikiran: mendefinisikan mengikut konteks




Rajah 7 Contoh Peta Buih
Proses pemikiran: memberikan penerangan




Rajah 8 Contoh Peta Buih Berganda
Proses pemikiran: membanding beza




Rajah 9 Contoh Peta Pokok
Proses pemikiran: membuat pengkelasan




Rajah 10 Contoh Peta Dakap
Proses pemikiran: hubungan bahagian-seluruh




Rajah 11 Contoh Peta Alir
Proses pemikiran: membuat urutan



Rajah 12 Contoh Peta Pelbagai Alir
Proses pemikiran: sebab dan akibat




Rajah 13 Contoh Peta Titi
Proses pemikiran: analogi (hubungan yang sama, mencari faktor penghubung)

Comments

Popular posts from this blog

Nota, Kepentingannya dan Sebelum Membuat Nota

PENGENALAN                Nota adalah satu elemen penting bagi individu yang bergelar pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar perlu sentiasa merujuk nota untuk mengimbas kembali input pelajaran.      Hasil kajian mendapati pelajar yang membaca hanya mendapat 25%  daripada hasil bacaan manakala  pelajar yang membuat nota mendapat 65% daripada hasil nota.Kajian tersebut telah membuktikan bahawa kaedah pembelajaran dengan hanya membaca buku teks semata-mata adalah tidak berkesan kerana murid perlu membaca teks yang panjang dan mengharapkan daya ingatan untuk mengingati isi-isi penting teks tersebut. Oleh hal yang demikian, langkah pertama ke arah kecemerlangan adalah dengan membuat nota dan menguasai kemahiran membuat nota. APAKAH ITU NOTA? Kepentingan Nota menjimatkan masa semasa mengulang kaji pelajaran membantu mengingati semula sesuatu topik mengelakkan pelajar daripada mengusung buku teks ke mana sahaja sebagai persediaan musim peperiksaan menekankan fakta dan isi-isi penting yang p

Kemahiran Membuat Nota

  Pada hakikinya tiada, tiada format yang dikhususkan untuk membuat nota. Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk  membuat nota tetapi terdapat beberapa kaedah yang dijadikan panduan oleh majoriti pelajar untuk mengambil dan membuat nota. Kaedah tersebut adalah anotasi, nota lajur, nota ringkasan dan nota rumusan. Video 1 Jenis-jenis Kemahiran Membuat Nota  Anotasi   ( Annotation ) menggariskan atau menyerlahkan ( highlight ) fakta dan isi penting boleh menggunakan pelekat selain  highlighter memudahkan pelajar mengenal pasti maklumat penting dengan cepat apabila membca teks itu semula. Rajah 1 Contoh Anotasi Nota ringkasan ( Outline notes ) menyenaraikan point utama dan subpoint menggunakan tajuk besar dan tajuk kecil selain point menggunakan frasa dan kata kunci ditulis mengikut turutan Rajah 2 Contoh Nota ringkasan Nota lajur ( Column notes ) terbahagi kepada lajur kiri & lajur kanan lajur kiri: idea utama/subtajuk lajur kanan: penerangan kepada tajuk/subtajuk memerlukan