NAMA: SITI FAIRUS BINTI MAT HANAFI PENGKHUSUSAN: PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA PROGRAM: PPISMP ANGKA GILIRAN: 2020092310053 Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pensyarah subjek GKK1043 iaitu Encik Azhar Bin Mansor. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, saya dapat mempelajari subjek GKK1043 iaitu Kesihatan Diri dan Kecergasan di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail semasa semester 1 program PPISMP. Subjek ini telah mengajar saya kepentingan menjaga kesihatan diri dan kecergasan. Di dalam subjek ini, saya perlu melakukan ujian SEGAK yang terdiri daripada ujian indeks jisim badan (BMI), naik turun bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur. Ujian SEGAK ini bermatlamat untuk mengukur tahap kecergasan pelajar supaya pelajar dapat meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016) Seterusnya, saya juga perlu menjalani ujian Bleep iaitu saya perlu berlari